Masak Air Petola

>> Saturday, March 21, 2009

Masak Air Petola

Hi Hi Hi sapa yg tak tahu masak air petola ini, memang pelik tapi walau bagaimanapun terpaksa juga saya jelaskan kerana ada orang yang tak tahu. Eh kenapa garu kepala pulak tu. tak tahu buah petola, teruk betullah tu. Rupa buah petola tu ada tiga rupa sepeti apa yang saya tahu tapi tak tahulah jika ada spesis lain yang saya tak tahu. kalau ada spesis yang tidak disenaraikan boleh bagi tahu sekurang-kurangnya saya dapat satu lagi ilmu, ya tak. Berikut adalah petola yang saya tahu :


ini petola bantal. tak tahulah kenapa dipanggil bantal mungkin terbaring di atas tanah maka panggil petola bantal





Yang ini petola ular, bentuknya macam ular agaknya sebab tu panggil petola ular
hi hi hi siap bubuh dalam frame lagi gambar petola ni. tapi taklah sampai gantung kat dinding rumah. hidoh pulak.... tak gitu.







Yang ni petola yang biasa kita nampak, namanya tak pasti pulak, tapi agaknya dipanggil petola segi.kalau salah tak apa, anda tengok gambar sebelah tu beli sajalah petola tu dan balik masak seperti yang akan saya tunjukkan





Tak tahu nak beli petola?
Apa susah sangat pergi pasar dan beli tapi dengan syarat mesti ada duit,,, kalau tak ada duit tak boleh belilah.
bercakap pasal nak beli petola ni ada petua orang tua-tua kalau nak cari petola yang muda cari yang berat sebab anda terpaksa bayar lebih kerana timbangannya besar tak gitu kalau buah petola tu ringan maknanya dah tualah tu dah berserabut spt gambar di bawah ni

yang ni orang tak buat sayur dah, biasanya digunakan utk gosok periuk saja ataupun digunakan sebagai span mandi saja. jangan kau buat sayur pulak. terkial-kial pulak kau nak menelannya



Itu petua yang pertama, petua yang kedua kau belik-belik buah petola yang bersegi tu, cuba kau tenyeh kawasan yang bersegi tu, kalau boleh di tenyeh (sebenarnya tak tau istilah yang boleh digunapakai) maknanya mudalah tu.... tapi macam mana nak guna teknik ini untuk petola ular dan petola bantal. tak kan kau nak patahkan petola tu.. nanti kena perambat taukey sayur pulak. kalau kau beli tak ape juga .... he he he. gunakan teknik pertama lah sebagai jalan penyelesaiannya.

Ok Sekarang tibalah masa yang mencemaskan... cara nak Masak Petola ni


Mula-mula potong petola seperti gambar sebelah tu, jangan lupa buang kulitnya



Ambil sebiji atau dua biji bawang merah kupas dan potongkannya

Lepas tu ambil periuk isikan air agak-agak. jangan banyak sangat air tu. segelas cukuplah. selepas tu kau jerang dah agak mendidih letakkan bawang yang dah dihiris tu. masukkan petola dan garam secukup rasa.

Jangan lama sangat masak, sampai hodoh. pandai-pandailah tak kan itu pun nak cerita. Mudah dan ringkas tak gitu. tapi janganlah malas sangat sampai bawang sebiji-sebiji kau masukkan tanpa hiris. teruk betul tu.

Ok, tentu ada orang tanya tak taruk bawang putih ke. suka hati kau lah nak bubuh atau tidak. kau boleh buat eksperimenlah kalau letak bawang putih macam mana rasanya ..kalau hanya bawang macam mana rasanya.
Eh ada lagi yang tanya ... kenapa tak bubuh ikan bilis atau pusuk (kata orang Sarawak)... sukahati kau lah tapi kalau bubuh ikan bilis bau hanyir pulak. entahlah masing-masing punya cara.

Kebaikan Masakan ini
Sudah tentulah baik untuk kesihatan kerana masak tanpa gunakankan minyak. Saya masa bujang dulu tiap-tiap hari masak cara ini... dan hasilnya badan anda akan langsing. percayalah. kalau kau tak percaya kau tanya Siti Nurhaliza tu. lagipun ia kaya dengan serat dan bagus untuk keshitan jantung. kalau nak lebih saintifiknya he he he agak boring lah iaitu dalam tiap-tiap 100 gram bahagian yang boleh dimakan, mengandungi: air 94.4 gram (g), protein 0.9 g, lemak 0.5 g, karbohidrat 3.4 g, serat 0.3 g, kalsium 30 miligram (mg), fosforus 15 mg, ferum 0.0 mg, natrium 29 mg, kalium 63 mg, vitamin B1 0.05 mg, vitamin B2 0.05 mg, niasin 0.6 mg, vitamin C 4.9 mg.

Ok sampai di sini masakan Malaysia.. Selamat Mencuba. Jangan marah

Read more...

Apa ada dalam blog ini

Selamat Datang ke Blog Masakan Malaysia yang agak gila-gila sedikit. Saya sebenarnya bukanlah tukang masak yang hebat spt Chef Wan... tapi bolehlah masak yang mudah-mudah yang boleh mengenyangkan perut. Nak kata sedap tentu tuan-tuan dan puan-puan tak dapat tahu kerana tak pernah cuba rasa masakan saya. hi hi hi. tapi resepi yang saya beri boleh dicuba dan rasa sendiri. kalau tak sedap maknanya tuan-tuan dan puan-puan tak pandai masak.

Bagaimanapun saya akan cuba menyelesaikan masalah puan dan tuan secara santai disamping petua-petua yang biasa didengar dan mungkin juga ada yang tak tahu yang sedikit sebanyak dapat menambahkan ilmu orang tua-tua yg nampak bodoh tapi ada kebenarannya!

Disamping petua-petua, dimasukkan juga maklumat tentang kebaikan dan keburukan memakan makanan yang menjadi topik perbincangan pada satu-satu post tu. jadi jangan ketinggalan nanti rugi pulak.

Jangan marah, selamat mencuba masakan malaysia

Read more...

  © Blogger template Snowy Winter by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP